Tarikh tepat
Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Namun begitu, mesej teks ini agak kabur dan menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarawan.Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 M.[1]
Kandungan
Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.Muka pertama
- RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
- Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
- Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
- Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
- Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
- Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
- Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
- Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
- Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
- Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
- Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
Muka kedua
- Keluarga di Benua jauh kan
- Datang berikan.keempat orang berpiutang.
- Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
- Kelima derma barang orang....(mar)dika.
- Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
- Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
- Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
- Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
- Seratus ratun jika merdeka beristeri.
- Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
- Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
- Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....
Muka ketiga
- Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
- Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
- Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
- Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
- Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
- Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............
Muka keempat
- ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
- ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
- ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
- ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
- ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini


No comments:
Post a Comment